Isnin, aku bangun mandi tepat pukul 5.45am dan gerakkan isteri aku untuk solat subuh berjemaah. Hari ini subuh aku awal sebab aku kena gerak ke office di Bukit Jelutong by 9.00am. Tepat 6.20am selepas dihidangkan segelas nescafe panas, aku terus meluru ke kereta dan masukkan apa yang patut untuk dibawa pulang. Isteriku menghulurkan tangannya untuk berikan ciuman terakhir untuk hari tu. Part ni paling tak best sbb nak tak nak kena pergi jugak... tak payah imagine la...huhuu
Pukul 8.50am aku sampai ke office dan memulakan hari kerja aku seperti biasa. Pukul 2.10pm aku dan my colleague kena pergi MMC, Jalan TAR untuk submit As-Built draft ke Petronasnya engineer. Then singgah Berjaya Times Square atas permintaan Bos no.2 kitorang atas urusan peribadi. Sampai office dalam pukul 4.55pm. Tiba2 colleague aku ajak pekena ikan patin masak tempoyak kt TTDI Jaya nie. So, perut pun memang lapar giler sebab dari pagi tadi pekena nescafe buatan isteri. Dukacitanya hari ini tempoyak dia tak koww macam 1st time kitorang rasa hari tu. Harga plak not bad. Sedap tak sedap, nasi tambah sepinggan jugak. hahaa...
Sampai rumah pukul 6.15pm. Badan dah makin letih, otak plak dah jam, perut dah kembung. Sampai2, ada plak kereta kenari bengong tak paham bahasa park betul2 depan rumah. Masuk ni aku rasa dah 4 kali dia parking depan pagar rumah aku. Agak2 la sedara, kereta gua punya cukup besa pun nie tak pernah parking depan pagar rumah. Kereta saga je pun. hahaa...
Selepas solat maghrib, aku tertido sampailah 11.10pm. Time ni paling tak best sebab bangun2, baru sedar aku tidur sorang2, takde siapa kat rumah. Adoiyaii... Dinner aku makan sebijik epal + air kosong then sambung study untuk exam sabtu ni.
Please keep writing dear... Miss u so much!!!
ReplyDeleteInsyallah. Miss u too ibu! ;)
ReplyDelete