Tuesday, February 22, 2011

Hari yang memenatkan

Isnin, aku bangun mandi tepat pukul 5.45am dan gerakkan isteri aku untuk solat subuh berjemaah. Hari ini subuh aku awal sebab aku kena gerak ke office di Bukit Jelutong by 9.00am. Tepat 6.20am selepas dihidangkan segelas nescafe panas, aku terus meluru ke kereta dan masukkan apa yang patut untuk dibawa pulang. Isteriku menghulurkan tangannya untuk berikan ciuman terakhir untuk hari tu. Part ni paling tak best sbb nak tak nak kena pergi jugak... tak payah imagine la...huhuu

Pukul 8.50am aku sampai ke office dan memulakan hari kerja aku seperti biasa. Pukul 2.10pm aku dan my colleague kena pergi MMC, Jalan TAR untuk submit As-Built draft ke Petronasnya engineer. Then singgah Berjaya Times Square atas permintaan Bos no.2 kitorang atas urusan peribadi. Sampai office dalam pukul 4.55pm. Tiba2 colleague aku ajak pekena ikan patin masak tempoyak kt TTDI Jaya nie. So, perut pun memang lapar giler sebab dari pagi tadi pekena nescafe buatan isteri. Dukacitanya hari ini tempoyak dia tak koww macam 1st time kitorang rasa hari tu. Harga plak not bad. Sedap tak sedap, nasi tambah sepinggan jugak. hahaa...

Sampai rumah pukul 6.15pm. Badan dah makin letih, otak plak dah jam, perut dah kembung. Sampai2, ada plak kereta kenari bengong tak paham bahasa park betul2 depan rumah. Masuk ni aku rasa dah 4 kali dia parking depan pagar rumah aku. Agak2 la sedara, kereta gua punya cukup besa pun nie tak pernah parking depan pagar rumah. Kereta saga je pun. hahaa...

Selepas solat maghrib, aku tertido sampailah 11.10pm. Time ni paling tak best sebab bangun2, baru sedar aku tidur sorang2, takde siapa kat rumah. Adoiyaii... Dinner aku makan sebijik epal + air kosong then sambung study untuk exam sabtu ni.

Sunday, February 20, 2011

Dunia Baru

Alhamudulillah. Hari ni aku berkesempatan berjumpa dengan sifu bersama abg ipar aku kt Parit Jawa, Muar. Kitorang panggil dia ustaz@cikgu Latif. Aku mengenali dia melalui abg ipar aku. Sifu aku ni memang best. Even aku baru kenal dia kurang sebulan, banyak perkara baru yang dia sampaikan berkenaan kehidupan. Tak perlu aku bercerita lanjut tentang perkara apa, sebab aku pun tak tahu nak cerita mcm mana. Saja ambil mood tulis blog petang ni.

Teringat tentang perbincangan aku dengan cikgu Latif tadi berkenaan dengan surah Al-Baqarah ayat 240

Yang bermaksud,

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Bila diteliti tentang ayat di atas, tiba2 aku terfikir tentang wife aku, anak yang bakal lahir, mak abah aku, mentua dan adik beradik aku. Sekiranya ditakdirkan aku meninggalkan dunia hari ini, apa yang aku tinggalkan untuk mereka?! perkara itu bermain dikepala aku. Apa yang aku ada?! habuk pun takda. Gaji aku sebulan pun tak mampu nak menanggung kehidupan untuk orang yang aku sayang apatah lagi untuk setahun. Aku bertekad, aku mesti lakukan sesuatu selagi hayat aku ada. Masa terlalu cepat berlalu. Aku harap dengan kehadiran Cikgu Latif, aku diberi peluang untuk memecah rekod hidup aku supaya tak sesal di masa akan datang.

Aku cadang petang ni aku nak berangkat pulang ke Puncak Alam, tempat kediaman yang best untuk aku dan wife aku. Tetapi memandangkan aku tak sanggup nak duduk sorang2 kat rumah tu tanpa wife aku, esok pagi2 lepas subuh 6.15am aku terus gerak ke tempat kerja kt Shah Alam then balik dari kerja baru aku pulang sendirian ke Puncak Alam. Itulah, bila dah kahwin ni nak tinggal sorang2 pun tak best. Biasa balik dari kerja je tepat 5.31pm dah tap nak balik ke rumah. Tapi kalau wife takde, balik pukul 10pm tue perkara biasa. hahaa...

Petang ni aku plan nak buat persediaan sedikit berkenaan dengan exam minggu depan yang akan mula mengubah kehidupan aku sekeluarga, Insyallah. Walaupun sudah bergelar Engineer, perubahan untuk memajukan diri mesti diteruskan. Kita tak perlu berlapang dada dengan apa yang ada. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk hidup ini. Sentiasa buat sesuatu perubahan dan sentiasa berfikiran positif. Itulah yang sedang aku usahakan, yang lain berdoa dan tawakal kepadaNya.

Saturday, February 19, 2011

famiLi Mentua

Esok hari terakhir cuti (Ahad) untuk aku menikmati sepenuhnya bersama isteriku. Selepas ini, aku terpaksa meninggalkan dia untuk tempoh yang agak lama (sebulan-2) dekat rumah mentua sebab terpaksa diberi sepenuh perhatian kerana sedang mengandungkan anak pertama kami yang sudah masuk bulan ke-6. Disebabkan selama tinggal dengan aku, perhatian kat dia hanya pada waktu aku balik office je. Kali ini aku tekad untuk biar mak mentua aku yang best menjaga dia bersama abang dia merangkap Doktor. So, harap dapat rawatan 1st class during dengan mentua dan abgnya. Even aku pun tak lama lagi mungkin ke laut, aku harap aku dapat temankan dia berkonvo master pada 26th March ni di UTM, Skudai.

Tiba2 aku teringatkan minggu depan aku ada exam penting. Exam yang memerlukan aku mengeluarkan keringat kepala aku ini yang agak sudah tepu sebab dah lama tak baca buku. Tapi takpe, aku hanya harapkan lulus, C je coz dengan kelulusan itu aku boleh meningkatkan pretasi hidup aku ini. To my sifu, doakan aku lulus.

sePosen my wOrld

Alhamdulillah. Pada tanggal 19 Februari 2011 tepat pukul 3.12 pm, aku cuba untuk serius dalam dunia blogging. Kenapa aku cuba tapi tak bertekad?! itulah aku, seorang yang agak hangat2 tahi cicak...

Pada petang ni, aku ingin memanjat rasa syukur kehadrat Illahi atas rahmatNya aku masih ada dan berpijak di bumi yg satu. Hidup hanya sekali, ia datang dan tidak akan kembali. Aku akan memanfaatkan hidup aku ini sepenuhnya.

Blogging? bagi aku ia terlalu subjektif untuk diterjemah. Sukar untuk diungkapkan. Tapi hari ini, ak ingin menceburkan diri dengan cara aku sendiri.