Teringat tentang perbincangan aku dengan cikgu Latif tadi berkenaan dengan surah Al-Baqarah ayat 240
Yang bermaksud,
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Bila diteliti tentang ayat di atas, tiba2 aku terfikir tentang wife aku, anak yang bakal lahir, mak abah aku, mentua dan adik beradik aku. Sekiranya ditakdirkan aku meninggalkan dunia hari ini, apa yang aku tinggalkan untuk mereka?! perkara itu bermain dikepala aku. Apa yang aku ada?! habuk pun takda. Gaji aku sebulan pun tak mampu nak menanggung kehidupan untuk orang yang aku sayang apatah lagi untuk setahun. Aku bertekad, aku mesti lakukan sesuatu selagi hayat aku ada. Masa terlalu cepat berlalu. Aku harap dengan kehadiran Cikgu Latif, aku diberi peluang untuk memecah rekod hidup aku supaya tak sesal di masa akan datang.
Aku cadang petang ni aku nak berangkat pulang ke Puncak Alam, tempat kediaman yang best untuk aku dan wife aku. Tetapi memandangkan aku tak sanggup nak duduk sorang2 kat rumah tu tanpa wife aku, esok pagi2 lepas subuh 6.15am aku terus gerak ke tempat kerja kt Shah Alam then balik dari kerja baru aku pulang sendirian ke Puncak Alam. Itulah, bila dah kahwin ni nak tinggal sorang2 pun tak best. Biasa balik dari kerja je tepat 5.31pm dah tap nak balik ke rumah. Tapi kalau wife takde, balik pukul 10pm tue perkara biasa. hahaa...
Petang ni aku plan nak buat persediaan sedikit berkenaan dengan exam minggu depan yang akan mula mengubah kehidupan aku sekeluarga, Insyallah. Walaupun sudah bergelar Engineer, perubahan untuk memajukan diri mesti diteruskan. Kita tak perlu berlapang dada dengan apa yang ada. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk hidup ini. Sentiasa buat sesuatu perubahan dan sentiasa berfikiran positif. Itulah yang sedang aku usahakan, yang lain berdoa dan tawakal kepadaNya.
Baru beberapa jam tak jumpa da rindu. (T_T) Ayah... nnt jg diri k! Jgn lupa makan nasi tau
ReplyDeletehehe... arini mkn nasi + ikan bilis je ;)
ReplyDelete